Mercedes Benz C-Class
Mercedes Benz C-class adalah setaraf kereta eksekutif kompak yang dikeluarkan oleh Daimler AG (Germany). Pada pengeluaran pertama W201 190 pada tahun 1983-1993 merupakan kereta mercedes yang paling kecil sebelum keluaran A-class.
Reka Bentuk Pengeluaran Pertama W201
Bahagian Dalaman W201
Selepas lebih dari 1 dekad pengeluaran W201, Mercedes Benz telah memperkenalkan W202 (1993 - 2000). Generasi W202 satu evolusi yang lebih jelas dari W201. Ianya tampil lebih bergaya diiringi keluasan enjin dan reka bentuk tambahan yang baru. Ianya lebih bergaya dengan peminatnya yang tersendiri. Selain itu W202 juga dipasang AMG.
Walaupun ianya keluaran tahun 1990-an, W202 dilengkapi dengan pakej lengkap keselamatan baru termasuk beg udara ABS. Pada tahun 1995 beg udara penumpang telah di standardkan sebagai ciri-ciri keselamatan yang utama.
Bermula September 2000 generasi W203 bermula dengan 4 pintu dan kemudian 3 pintu Sport Coupe Hatchback. Bagi W203 4 pintu kelihatan seperti S class yang kecil. Awal 2004 New Facelfit dengan lampu hadapan yang lebih jelas dan penambah baikan suspension serta perubahan pada enjin 192bhp supercharged C230K petrol.
DaimlerChrysler memperkenalkan satu generasi baru C-Class pada 18 Januari 2007 dan dipamerkan dalam Geneva Auto Show 2007. Sejak tahun 2000, W203 telah berada dijalan raya Malaysia sehingga sekarang. Kini W204 gah dijalan raya dengan reka bentuk yang lebih gah dan sporty.
Kini setelah empat tahun Mercedes Benz C class W204 dijalanan, Mercedes Benz C class W204 kini berwajah baru ( Pre - Facelift ) dengan reka bentuk yang lebih moden.
naz
Hi, We are templateify, we create best and free blogger templates for you all i hope you will like this blogify template we have put lot of effort on this template, Cheers, Follow us on: Facebook & Twitter